LEICESTER 3 ARSENAL 0
Unai Emery menggesa Arsenal melupakan kekalahan 3-0 kepada Leicester City secepat mungkin untuk memberikan tumpuan kepada aksi separuh akhir Liga Europa (UEL) berdepan Valencia.
The Gunners tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan EPL di Stadium King Power semalam, sekali gus menggugat peluang mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik liga.
Skuad kendalian Brendan Rodgers itu mengambil peluang daripada layangan kad merah ke atas Ainsley Maitland-Niles dalam separuh masa pertama, untuk Youri Tielemans meletakkan The Foxes di hadapan pada minit ke-59 sebelum Jamie Vardy menambah dua lagi jaringan.
Harapan terbaik mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) adalah dengan muncul juara UEL dan Emery mahu pasukannya memberikan tumpuan kepada aksi pertama di Stadium Emirates.
"Kami akan memberikan tumpuan kepada Valencia dalam saingan Liga Europa," kata Emery.
"Kami meletakkan sasaran yang tinggi dalam kejohanan ini. Ia adalah perlawanan separuh akhir dan cabaran yang sukar buat kami. Kemudian berdepan Brighton and Hove Albion Ahad ini dan perlu memenangi perlawanan tersebut.
"Kami mengetahui sejak permulaan musim bahawa sukar untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.
"Kami berasakan saingan UEL adalah jalan terbaik buat Arsenal memastikan slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan," katanya.
Tielemans, yang menjaringkan gol ketiga dalam 11 perlawanan sejak menyertai Leicester secara pinjaman daripada Monaco, mempamerkan persembahan cemerlang dalam perlawanan itu.
Rodgers berharap untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun itu secara tetap, namun kelab masih belum pasti dapat mencapai persetujuan untuk mengekalkan pemain itu di England.
Apabila ditanya jika Tielemans mampu menyertai pasukan secara tetap, Rodgers berkata, "Saya tidak pasti.
"Perbincangan di antara kedua-dua pasukan akan berlaku. Dia seorang pemain yang sesuai dengan cara kami.
"Saya memahami penyokong gemar menyaksikan pemain-pemain muda dan kami akan berusaha untuk mengekalkan khidmatnya di sini."