Unai Emery berasakan Arsenal "jatuh merudum selama dua tahun" ketika dia mengambil alih pasukan itu dan mengkritik sikap pemain bintangnya sepanjang dia berada bersama pasukan The Gunners itu.
Emery dipecat November lalu selepas 18 bulan berada di Stadium Emirates susulan rekod kemenangan terburuk pasukan itu sejak 1992.
Bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG) itu berkata dia sudah berusaha untuk menyelamatkan keadaan itu sebaik menggantikan Arsene Wenger tetapi percaya masalah sikap pemain bintangnya ketika itu telah menghalang usaha berkenaan.
Emery berasakan dia mampu membawa Arsenal kembali ke kedudukan terbaik jika diberi lebih masa untuk meneruskan jawatan itu.
"Arsenal sebuah kelab yang sedang jatuh merudum selama dua tahun sebelum ketibaan saya," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu kepada France Football.
"Kami menghentikan kejatuhan itu dan mula meletakkan kelab berkenaan dalam final Liga Europa dan tempat kelima dalam liga, hanya ketinggalan satu mata di belakang Tottenham, walaupun kami hanya memenangi satu mata daripada lima perlawanan terakhir.
"Kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah sudah berada dalam tangan kami tetapi segala-galanya menjadi tidak kena pada akhirnya.
"Tetapi ia tetap musim yang baik dan kami mempunyai cara untuk meneruskan peningkatan itu.
"Namun, kami kehilangan empat kapten, (Laurent) Koscielny, (Petr) Cech, (Aaron) Ramsey dan (Nacho) Monreal.
"Kami kehilangan perwatakan untuk kekal di landasan yang tepat musim ini.
"Sesetengah pemain bintang kami tidak memiliki sikap yang tepat dan saya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka berikan.
"Berdasarkan semua aspek itu, saya mungkin memerlukan lebih masa untuk peralihan itu berjaya dan menjadi Arsenal baru seperti yang saya mahukan," katanya.
Arsenal tidak pernah tewas dalam tujuh perlawanan terakhir di bawah pengganti Emery, Mikel Arteta, walaupun empat daripadanya berakhir seri.
Editor: Muzaffar Musa