Pengurus Arsenal, Unai Emery, tidak pasti sama ada Mesut Ozil dan Sead Kolasinac akan bersedia untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini menjelang pertemuan dengan Burnley di laman sendiri.
Ozil dan Kolasinac terlepas kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United dalam aksi pembukaan musim ini, malam tadi berikutan isu keselamatan.
Mereka direhatkan ekoran hampir menjadi mangsa penculikan bulan lalu.
Rakaman kejadian menunjukkan Kolasinac menghadapi dua penyerang bertopeng yang mendekati kenderaan Ozil.
Dalam sidang akhbar selepas aksi di St James' Park itu yang menyaksikan Pierre-Emerick Aubameyang menyumbat gol tunggal perlawanan, Emery ditanya sama ada dia telah bercakap dengan dua pemain tersebut.
"Kelab sedang menguruskan situasi ini," katanya. "Kami mahu bersama dengan mereka secepat mungkin secara normal, iaitu dalam latihan sebagai persediaan untuk beraksi."
Ditanya sama ada Ozil atau Kolasinac mungkin berada dalam kedudukan untuk menghadapi Burnley, Emery menjawab: "Saya belum pasti lagi."
Kenyataan kelab yang dikeluarkan oleh The Gunners, Jumaat lalu, menyatakan kebajikan pemain dan keluarga mereka "sentiasa menjadi keutamaan".
Arsenal menjelaskan keputusan untuk mengetepikan Ozil dan Kolasinac dalam kunjungan malam tadi dilakukan selepas berbincang dengan pemain itu sendiri dan wakil mereka.