Skip to main content

Bola Sepak

Emery akui Arsenal gagal lunas peluang

unai-emery.jpg
Unai Emery mengakui Arsenal terlepas peluang ketika tewas 1-0 kepada Everton tetapi optimis dengan peluang untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Jaringan Phil Jagielka pada minit ke-10 di Goodison Park semalam menghukum The Gunners yang mengalami kekalahan pertama dalam tujuh perlawanan EPL.

Satu mata sudah memadai untuk memintas Tottenham di tangga ketiga tetapi pelawat gagal untuk menyaingi semangat Everton.

Mereka mungkin turun ke tangga kelima jika Chelsea mengelak kekalahan di laman sendiri ketika bertemu West Ham.

"Kami sudah menjangkakan perlawanan yang sukar dan kami telah berusaha untuk menggunakan peluang sebaik mungkin," kata Emery.

"Kami terlepas untuk meraih tiga mata. Kami akan memiliki lebih banyak peluang dalam perlawanan seterusnya. Ia bergantung kepada kami dan pasukan lain.

"Kami konsisten dalam 38 perlawanan tetapi gagal melakukannya hari ini. Kami perlu kembali ke tahap terbaik untuk perlawanan selepas ini.

"Pasukan berusaha untuk tidak negatif selepas gagal memungut tiga mata. Tetapi segalanya bergantung kepada kami untuk mengambil peluang menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

Kebimbangan hadir buat Arsenal selepas Aaron Ramsey mengalami kecederaan sementara Granit Xhaka (pangkal paha) dan Laurent Koscielny (kaki) terlepas aksi ini dan bakal diketepikan sekali lagi ketika menerima kunjungan Napoli untuk aksi suku akhir Liga Europa (UEL).

"Tiada peluang buat Koscielny untuk tampil beraksi dalam perlawanan ini.

"Saya cuba untuk kekal positif untuk perlawanan berdepan Napoli. Segalaya bergantung kepada tahap pemulihan mereka."
 

Advertisement

Must Watch Video