Skip to main content

Bola Sepak

El-Helwe teruja sambut 1 Syawal di Malaysia

hilal-bassam-el-helwe.jpg
Pemain import Penang FC, Hilal Bassam El-Helwe, teruja apabila pertama kali dapat menyambut 1 Syawal di Malaysia.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fadhirul Shuhaimi, El-Helwe turut berkongsi perbezaan merayakan Aidilfitri di Malaysia berbanding negara asalnya, Lubnan.

"Saya berasa amat baik, saya berasa amat gembira, saya mahu melihat perayaannya di sini. Saya amat berbangga untuk berada di sini untuk melihat keadaannya.

"Ia lebih mudah untuk berpuasa di sini berbanding di Jerman kerana saya pernah berada di Jerman sebelum ini.

"Di sana, kami berpuasa sehingga jam 8.30 malam dan di sini ia sejam lebih awal, jadi ia agak mudah di sini. Ia amat baik.

"Perbezaannya, sebelum ini saya sentiasa bersama keluarga saya. Kami akan berkumpul dan makan bersama. Ibu saya akan memasak juadah dan kami akan makan bersama-sama.

"Sudah pasti saya sedih kerana perbezaannya, saya tidak dapat bersama mereka ketika ini.

"Tetapi ia adalah tugas saya, ia hidup sebagai pemain bola sepak.

"Tidak mengapa, saya perlu berbangga walaupun terpaksa merayakannya jauh daripada mereka. Kami boleh mengadakan panggilan video dan sebagainya," katanya.

Ditanya mengenai harapannya untuk Aidil Fitri tahun ini, El-Helwe berkata: "Insya Allah Ya Rab, saya harap semua orang di dunia akan sihat, semua peperangan di dunia akan berhenti, Insya-Allah, dan apa yang diharapkan semua orang akan termakbul. Berdoalah kepada Allah dan semuanya akan menjadi baik.

"Untuk Penang FC, saya berharap kami dapat membanggakan penyokong kami. Kami akan mendapatkan lebih banyak mata dalam beberapa bulan ke depan, Insya Allah.

"Buat semua Muslim, saya mengucapkan Selamat Eid Mubarak, kekal sihat, jaga keluarga anda dan makanlah sebarapa banyak yang boleh," katanya lagi.
 
*Kredit foto: Penang FC"

Advertisement

Must Watch Video