Faktor kegugupan tidak sepatutnya menjadi modal bagi Harimau Malaya dalam menyertai kempen sebesar pusingan akhir Piala Asia selepas ini.
Malaysia mengakhiri kempen di Qatar dengan menghuni tempat tercorot apabila dibelasah Jordan 0-4 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E, seterusnya memberi tekanan besar kepada mental pemain.
Skuad kendalian Kim Pan-gon harus bermain mirip perlawanan ketika Republik Korea jika ingin mendapatkan keputusan lebih positif bertemu Bahrain dan Jordan.
Tetamu Astro Arena ketika siaran langsung, antaranya Datuk Lim Teong Kim, Datuk Dollah Salleh, Datuk Zainal Abidin Hassan turut menekankan elemen keyakinan atas padang untuk mengelakkan pemain berasa gementar sewaktu turun bertemu lawan.
Dari satu sudut pula, Harimau Malaya wajar berbangga kerana diundi bersama semi-finalis Piala Asia tahun ini iaitu Jordan dan Korea, secara tidak langsung menyerlahkan dua kekalahan berturut-turut bukanlah dengan lawan yang calang-calang.