Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menaruh harapan tinggi terhadap anak buahnya bagi memburu kemenangan dalam aksi persahabatan menentang Jordan, Jumaat ini sebagai hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia.
Pengendali itu menyeru sokongan pemain ke-12 skuad negara sebagai motivasi buat Malaysia menentang pasukan ranking ke-99 FIFA itu sebelum menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, bulan depan.
Apatah lagi, pasukan kebangsaan perlu meraih keputusan positif dalam aksi pemanas badan itu bagi membantu meningkatkan ranking negara yang ketika ini berada di kedudukan ke-159 dunia.
Cheng Hoe menganggap kenaikan harga tiket untuk perlawanan persahabatan antarabangsa tier satu itu tidak seharusnya dijadikan alasan oleh penyokong tempatan untuk tidak memberi sokongan kepada skuad negara.
"Setiap kali Harimau Malaya turun beraksi, terutama di Bukit Jalil, ia mencetuskan satu semangat kepada seluruh pasukan. Dengan sokongan padu, saya rasa pemain akan menikmati suasana tersebut, ditambah dengan elemen Hari Kebangsaan," katanya.
Sementara itu, pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh, berada dalam pemantauan bekas pengendali Kedah itu kerana belum berada di tahap kecergasan terbaik ekoran kecederaan yang dialami ketika beraksi dalam saingan Piala Malaysia.
"Saya rasa secara keseluruhan, pemain tampak bagus. Dalam masa sama, diharapkan Sumareh sempat pulih kerana kami sedar aksi getir menanti ketika menentang Jordan."