Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) atau pihak-pihak yang terlibat dalam pemilihan kepimpinan baru Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dalam kongres agung luar biasanya (EGM) Sabtu ini digesa mengelak daripada memilih 'muka lama' yang tidak memberikan sumbangan kepada persatuan.
Bekas pemain kebangsaan dan Kelantan era 70-an, Afandi Yusof, berkata tiada gunanya EGM itu diadakan sekiranya pihak-pihak yang terlibat dalam pemilihan kali ini masih memilih muka lama yang sebelum ini tidak menyumbang kepada persatuan.
"Pilih dan lantik pemimpin tertinggi dan barisan exco yang boleh memberikan 100 peratus komitmen dan menjalankan tugas kepada KAFA.
"Elakkan memilih individu yang hanya mahukan jawatan untuk glamor dan mempunyai kepentingan peribadi tanpa melaksanakan tugas seperti yang diharapkan, " katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
EGM yang bakal diadakan kali ini ialah untuk melantik presiden dan exco baharu susulan peletakan jawatan presiden, Bibi Ramjani Ilias Khan, selain exco sedia ada dilihat gagal menyumbang kepada persatuan terbabit.
Sebelum ini, KAFA menerima empat pencalonan untuk jawatan presiden, iaitu Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.
Sementara itu, pencalonan timbalan presiden persatuan pula menerima empat nama, iaitu penyandang, Datuk Seri Afandi Hamzah, selain Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi dan Muhammad Yusri Ismail manakala 29 pencalonan untuk jawatan exco.
Afandi berkata pemilihan kali ini perlu memberi peluang kepada muka baru untuk membawa perubahan kepada bola sepak Kelantan dan persatuan itu yang dilihat kian tenat.
-- BERNAMA