Skip to main content

Bola Sepak

Ejen ulas pembabitan Salah dalam Sukan Olimpik

mo-salah.jpg
Ejen Mohamed Salah sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa belum ada kata putus sama ada bintang Liverpool itu akan mewakili Mesir dalam Sukan Olimpik di Tokyo.

Pengurus skuad B-23 Mesir, Shawky Gharib, mengesahkan hasratnya untuk menyenaraikan Salah sebagai salah seorang daripada tiga pemain lebih umur dalam temasya di Jepun tersebut meskipun mengakui belum mengadakan sebarang perbincangan dengan pemain itu sendiri.

Bulan lalu, pengurus The Reds, Jurgen Klopp, memberitahu ‘Ia bukan satu langkah yang bagus jika Salah pergi ke Jepun dan mereka belum mengadakan perbincangan’. 

Mesej itu sekali lagi ditekankan oleh ejen Salah, Ramy Abbas Issa, di media sosial bagi mengulas ciapan yang menyatakan bahawa pemain berusia 27 tahun berkenaanakan terpilih dengan mesej berbunyi: "Belum ada sebarang keputusan yang dibuat lagi."

Sekiranya Salah memilih untuk mewakili Mesir, maka dia akan terlepas kempen pra-musim bersama juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu selain beberapa perlawanan awal Liga Perdana.

Perlawanan akhir Sukan Olimpik dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos, hari yang sama kempen di England bermula.

Editor: Shaiful Shamsudin

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found