Ederson mendakwa dia telah bermain perlawanan terakhirnya untuk Benfica, dengan penjaga gol berusia 23 tahun itu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City.
Dia membantu Benfica melengkapkan kejayaan berganda, dengan menjulang Taca de Portugal selepas menewaskan Vitoria Guimaraes 2-1 pada awal pagi tadi susulan meraih gelaran Liga Primeira.
Tetapi pemain kelahiran Brazil itu membayangkan dia dalam perjalanan keluar dari kelab, dengan City dilaporkan hampir menandatanganinya.
"Saya masih tidak tahu tetapi ini mungkin perlawanan terakhir saya untuk Benfica," kata Ederson kepada pemberita selepas perlawanan akhir itu di Stadium Nasional, Lisbon.
City sedang mencari penjaga gol baru selepas membenarkan Willy Caballero meninggalkan Stadium Etihad pada akhir kontraknya manakala pemain antarabangsa Chile, Claudio Bravo, bergelut untuk menarik perhatian selepas tiba dari Barcelona.
Pep Guardiola membawa penyerang Monaco, Bernardo Silva, untuk City dan Benfica dilaporkan mahu yuran lebih tinggi daripada bayaran £32.6juta (RM178 juta) Juventus kepada Parma untuk Gianluigi Buffon pada tahun 2001, yang akan menjadikan Ederson penjaga gol yang paling mahal di dunia.
Jurulatih Benfica, Rui Vitoria, yang menjangkakan Ederson akan meninggalkan kelab itu, memberitahu pemberita: "Jika Ederson keluar, dia meninggalkan dengan penghargaan daripada Benfica. Dia akan sentiasa membawa nama Benfica ke mana-mana."