Skip to main content

Bola Sepak

Eddy Gapil calon 'terbaik' kemudi PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

edddy.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDRM, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin, mengesahkan pasukannya sudahpun selesai melengkapkan dokumentasi pelesenan kelab kebangsaan sebelum tarikh akhir penyerahan Sabtu ini.

Dia percaya 'The Cops' tidak akan berdepan sebarang masalah untuk melepasi kriteria yang ditetapkan badan First Instance Body (FIB) sekali gus kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim 2025/26.

Jelas Mohamad Hafiz, pihaknya sentiasa komited untuk memenuhi ketetapan pelesenan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan kadar segera meskipun diberikan tempoh lanjutan hingga 10 mei.






Dia turut mengakui berasa lega apabila Sang Saka Biru kekal bebas daripada sebarang isu tunggakan gaji tatkala beberapa kelab lain dalam kancah liga sedang bergelut untuk memenuhi salah satu kriteria utama pelesenan kelab kebangsaan itu.

"Daripada PDRM kami telah selesai hantar semua dokumentasi yang telah ditetapkan bahagian pelesenan kelab sebelum Tarikh lanjutan ditutup.

"Tiada sebarang masalah tetapi berlaku kesukaran berurusan dengan pihak ketiga, kita banyak gunakan kemudahan sukan pihak ketiga yang banyak beri sokongan yang kita perlukan," katanya.

Hafiz dalam perkembangan sama turut mengesahkan Eddy Gapil sebagai calon utama bagi membimbing PDRM pada musim akan datang.

Malah, nama Eddy bukan lagi asing dalam kancah liga bola sepak domestik selepas memikul tugas selaku penolong ketua jurulatih PDRM sejak 2019.

"Saya rasa saya akan bincang perkara ini dan Eddy calon terbaik buat masa ini. Dia harus diberikan peluang sebagai ketua jurulatih." tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video