Skip to main content

Bola Sepak

Eddy Gapil akui berdepan cabaran persiap PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eddy-gapil.jpg
Jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil, mengakui dia berdepan cabaran getir dalam mempersiapkan pasukan menjelang sepak mula saingan musim baru Liga Malaysia yang dijadualkan membuka tirai Ogos ini.

Ini susulan barisan penuh pemain 'The Cops' musim 2025/2026 dijangka akan mula lapor diri bermula minggu depan dan beliau hanya memiliki tempoh sebulan bagi bentuk keserasian di antara pemain sedia ada serta beberapa muka baru termasuk tiga tonggak import yang bakal mengisi posisi penyerang, tengah dan pertahanan.

Pengendali kelahiran Keningau, Sabah berusia 43 tahun itu bagaimanapun percaya, dengan komitmen serta kesungguhan semua pihak, tidak mustahil Sang Saka Biru mampu mencapai keputusan lebih baik berbanding musim lalu, terutamanya dalam kancah Liga Super.

Untuk rekod, musim lalu, PDRM menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kesembilan di samping muncul naib juara Challenge Cup selepas tewas kepada Selangor di pentas final.

"Pemain import akan tiba bersama pasukan dan berharap mereka segera menyesuaikan diri," katanya menerusi Nadi Arena.

"Kami berbaki enam minggu membuat persiapan, dan saya percaya ini adalah tugas yang berat dan berharap pemain mampu segera serasi."

Advertisement

Must Watch Video