MANCHESTER CITY 5 CRYSTAL PALACE 0
Pengurus Crystal Palace, Sam Allardyce, menyifatkan pemain-pemainnya gagal mempamerkan aksi terbaik ketika tewas 5-0 kepada Manchester City di Stadium Etihad, malam tadi.
Kegagalan pertahanan, Martin Kelly, untuk mengeluarkan bola dari kotak penalti menghadiahkan City gol pembukaan dan David Silva tidak melepaskan peluangnya untuk meledak masuk pada minit kedua.
City terus mengasak dengan empat gol dalam separuh masa kedua hasil jaringan Vincent Kompany, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Nicolas Otamendi.
Allardyce menurunkan lima pemain di bahagian pertahanan, namun terpaksa mengubah perancangan permainan selepas jaringan awal pasukan tuan rumah.
"Sistem permainan kami bukan punca kami bolos di awal permainan -- pertahanan kami bertanggungjawab untuk mengeluarkan bola dari zon bahaya tetapi dia [Kelly] gagal melakukannya dan City menjaringkan gol. The Eagles gagal mempamerkan kualiti sebenar mereka," kata Allardyce.
"Saya tidak menjangkakan apa perkara yang berlaku dalam separuh masa kedua, dengan City terus melancarkan percubaan dan segala-galanya membuahkan hasil.
"Tetapi jaringan Kompany, dia tidak dikawal di dalam kotak penalti. Kekalahan ini amat mengecewakan."