Skip to main content

Bola Sepak

Dzeko terlepas aksi Roma-Juventus

10517edindzeko.jpg
Penyerang Roma, Edin Dzeko, bakal terlepas aksi Serie A berdepan Juventus Ahad ini kerana mengalami kecederaan betis.

Ia perlawanan yang akan menyaksikan peluang terakhir Roma untuk mengejar Juve, sekaligus mematahkan usaha skuad pimpinan Massimiliano Allegri untuk menjuarai Scudetto di Stadio Olimpico.

Sejumlah 27 gol yang dihasilkan oleh pemain kebangsaan Bosnia itu telah membantu The Giallorossi mengekori rapat Juventus sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, dia tidak dapat beraksi pada hujung minggu ini kerana mengalami kecederaan di bahagian betis, yang dijangka memerlukan 10 hari untuk pulih.

Ketiadaan Dzeko memberikan peluang untuk pegurus pasukan, Luciano Spalleti, menurunkan Francesco Totti sebagai penyerang utama yang dijangka bersara pada penghujung musim ini.

Advertisement

Must Watch Video