Penyerang, Edin Dzeko, menjaringkan gol ke-26 dan 27 dalam saingan Serie A ketika membantu Roma meraih kemenangan 4-1 ke atas AC Milan, semalam
Bekas pemain Manchester City itu mendahului saingan sebagai penjaring terbanyak liga -- meninggalkan Andrea Belotti dengan kelebihan dua gol dan berbaki tiga perlawanan.
"Sukar untuk beraksi di San Siro dan memenangi perlawanan dengan empat gol," kata Dzeko.
"Kami agak kecewa kerana dibolosi dalam perlawanan ini tetapi tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan secara keseluruhan.
Jaringan ke-27 dalam saingan Serie A itu membenarkan pemain kebangsaan Bosnia Herzegovina itu memintas prestasi terbaiknya ketika beraksi dalam Bundesliga bersama Wolfburg. Dia menyifatkan segala usaha yang telah dipamerkan akhirnya membuahkan hasil.
"Saya sangat berpuas hati. Saya telah bekerja keras sepanjang tahun dan keyakinan saya menghadapi perlawanan berada di tahap terbaik. Saya berharap dapat membantu pasukan memenangi baki perlawanan musim ini."