LIGA SUPER MSIA
Dylan Wenzel-Halls yakin wajah baru pacu Penang
Penyerang import Penang, Dylan Wenzel-Halls, teruja untuk kekal menabur bakti bersama skuad Pulau Mutiara itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026.
Jelas tonggak kelahiran Australia berusia 28 tahun itu, persiapan awal yang dijalani Penang mampu untuk membantunya dan rakan sepasukannya membentuk keserasian menjelang sepak mula musim baru yang dijadualkan Ogos depan.
Dylan percaya dengan komitmen penuh pihak pengurusan, barisan kejurulatihan serta pemain, tidak mustahil untuk Harimau Kumbang memperbaiki pencapaian musim lalu yang menyaksikan skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail itu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-10.
Iklan
Sepanjang lapan bulan bersama Penang, Dylan merekodkan 22 penampilan dalam semua kejohanan di samping mencetak enam gol serta lapan bantuan gol.
"Kami sudah mula berlatih sejak Isnin lalu.
"Ia berjalan lancar dan saya peluang menemui ramai muka baru dan perubahan besar.
"Mutu sesi latihan juga sangat bagus setakat ini. Setiap muka baru hebat, setiap pemain berusaha keras.
"Kami tidak sabar untuk menghadapi musim baru. Perlahan-lahan kami mulai mencipta keserasian.
"Saya yakin kami akan mengharungi musim yang baik malah saya akan bertambah berbisa apabila gandingan kami kian serasi," katanya.
Must-Watch Video