Skip to main content

Bola Sepak

Dyche, Pulis berpuas hati dengan keputusan seri

7517pulisdyche.jpg
BURNLEY 2 WEST BROM 2

Sean Dyche dan Tony Pulis berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor, semalam.


The Clarets membuka jaringan pada minit ke-56 menerusi gol Sam Vokes, namun The Baggies menyamakan kedudukan hasil percubaan Salomon Rondon yang meledak gol pertamanya sejak 19 perlawanan lalu.

Craig Dawson meletakkan West Brom di hadapan pada minit ke-78 sebelum Vokes menjadikan kedudukan 2-2 lapan minit kemudian. 

Keputusan seri ini memastikan The Clarets meraih 40 mata dan terus bersaing dalam saingan EPL musim hadapan.

"Saya tidak mahu meraikan apa-apa sehingga penghujung musim ini tetapi setiap orang mengetahui jika kami meraih 40 mata, anda pasti akan terus bersaing dalam EPL," kata Dyche.

"Saya amat berpuas hati. Buat pasukan yang tidak memberikan kami ruang, ia memberikan kami semangat yang tinggi untuk mengharungi dua perlawanan terakhir musim ini."

Sementara itu, Pulis turut berpuas hati melihat pasukannya menamatkan rentetan kekalahan dan memberikan pujian kepada persembahan Rondon.

"Rondon telah bermain dengan baik, dia banyak membantu pasukan serta kembali menjaringkan gol. Saya berharap dia dapat meneruskan momentum ini dalam perlawanan akan datang."

Advertisement

Must Watch Video