Paulo Dybala menafikan dakwaan abangnya bahawa dia bersedia meninggalkan Juventus sambil menegaskan mahu kekal bersama juara Serie A itu.
Bintang Argentina itu dikaitkan dengan jalan keluar dari Turin setelah abang dan juga ejennya, Gustavo, mendakwa terdapat peluang besar untuk Dybala berpindah kerana dia memerlukan perubahan.
Namun, walaupun hanya melakukan 23 penampilan liga musim ini susulan kehadiran Cristiano Ronaldo, Dybala menafikan kenyataan abangnya.
"Abang saya bercakap untuk diri sendiri," ujar Dybala.
"Saya bercakap dengan kelab serta pengarah sukan, Fabio Paratici, dan mereka tahu apa yang kami fikirkan. Saya mahu kekal bersama Juve tahun depan dan terus beraksi di sini.
"Jelas sekali Juventus harus membuat pilihan, menjadikan pasukan dibina berdasarkan pengurus yang tiba tetapi saya mahu kekal."
Dybala juga dikaitkan untuk menyertai seteru, Inter Milan, tetapi dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Saya sangat menghormati baju dan penyokong," tambah Dybala.
"Saya tidak akan bercakap mengenai pasukan lain kerana ia seperti tiada perasaan hormat."
Juve masih belum melantik pengurus baru untuk menggantikan Massmiliano Allegri yang bakal mengendalikan pasukan buat kali terakhir dalam aksi berdepan Sampdoria hujung minggu ini.