Bintang Juventus, Paulo Dybala berkata dia mahu beraksi bersama Zinedine Zidane menjelang aksi final Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Real Madrid di Cardiff.
Dengan satu gelaran UCL sudah berjaya diraihnya, Zidane segara mencipta nama sebagai jurulatih tetapi beraksi sebagai pemain Juventus menjadi pengendali kelahiran Perancis itu sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.
Pemain tengah itu telah membantu Juventus merangkul dua kejuaraan Serie A serta merangkul anugerah Ballon d'Or pada 1998 sebelum menyertai Real Madrid tiga tahun berikutnya.
Dybala dan Juventus memiliki peluang untuk mengecewakan penyandang juara di Stadium Millennium pada awal bulan hadapan, tetapi pemain kebangsaan Argentina itu memberikan pujian kepada bekas pemain kegemaran Turin itu.
"Saya mahu beraksi bersama beliau [Zidane], kami mengetahui kualiti yang dimilikinya," kata Dybala.
"Saya amat mengagumi tekniknya beraksi sebagai pemain tengah, gaya beliau menggelecek melepasi pemain lawan dan melakukan segala-galanya dengan begitu mudah.
"Setiap orang mengetahui kebolehannya sebagai pemain, kini beliau membuktikan kebolehannya sebagai pengendali pasukan.
Sebelum beraksi di Cardiff, Juve perlu memberikan fokus kepada aksi Serie A bagi memastikan kejuaraan keenam berturut-turut mereka.
"Kami perlu memberikan tumpuan pada perlawanan seterusnya berdepan Roma, kami menyedari ia adalah perlawanan yang sukar."