Skip to main content

Bola Sepak

Dybala boleh beraksi selaku penyerang -- Allegri

paulodybala-cropped_1a2b4mfk2ec5v1n8xjruyc94u2.jpg
Paulo Dybala mampu beraksi selaku penyerang buat Juventus, kata pengendali pasukan, Massimiliano Allegri.

Dybala hanya tampil dua kali dalam kesebelasan utama bagi empat perlawanan Serie A setakat ini tatkala juara bertahan itu melalui permulaan sempurna untuk menduduki tangga teratas carta.

Allegri mendedahkan dia perlu mendapatkan sentuhan terbaik bintang Argentina itu sambil melihat pemain berusia 24 tahun itu mampu bermain selaku penyerang.

"Saya boleh meletakkan Dybala sebagai penyerang. Saya rasa ia boleh dilakukan. Jika anda masih ingat, ia adalah sesuatu yang kami usahakan sejak beberapa musim lalu," ujar Allegri.

"Jika kami bermain dalam sistem ini, kami memerlukan dua pemain sayap yang mampu beraksi secara menyerang kerana Dybala bukan satu-satunya pemain yang bermain di dalam kotak penalti.

"Dia gemar berulang-alik dan membuatkan pasukan beraksi cemerlang. Jika tidak, saya harus menggunakannya berdasarkan perwatakan dirinya.

"Jika dia beraksi selaku penyerang, kami akan memerlukan pemain sayap dan tengah untuk masuk ke dalam kotak bagi menyempurnakan corak permainan atau kami akan berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol."

Juve telah menjaringkan sembilan gol dalam empat perlawanan Serie A setakat ini dan bakal bertandang ke Frosinone pada malam ini.

Advertisement

Must Watch Video