Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, enggan kesilapan sama oleh pasukannya yang gagal melakukan penyudah berkesan sehingga tewas 1-2 kepada Felcra FC terus berulang dalam aksi suku akhir Piala Malaysia berdepan PKNS FC, minggu depan.
Meskipun sudah layak terlebih dahulu ke pusingan suku akhir, Durakovic masih belum puas apabila pasukannya gagal merampas kedudukan teratas Kumpulan A daripada Terengganu yang hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
Kekalahan kepada Felcra tidak sepatutnya berlaku tatkala Perak lebih banyak mencipta peluang tetapi dinafikan dengan penyudah yang tumpul untuk memberi ruang kepada tuan rumah melakukan jaringan.
Kesilapan ketara sedemikian perlu diperbaiki segera kerana aksi yang lebih sukar menanti mereka dalam suku akhir nanti.
"Kami perlu cuba memberikan yang terbaik dengan membariskan barisan terkuat dengan harapan kami dapat menyudahkan peluang terhidang.
"Berdasarkan peluang yang dicipta, kami sepatutnya boleh merakamkan enam gol.
"Saya harap ia berlaku pada minggu depan," ujar beliau.
Pengendali Felcra, Tarcisio Pugliese, pula lega apabila tugasnya pada musim ini dapat diakhiri dengan kemenangan berharga tatkala dia melihat kedudukannya sebagai jurulatih untuk musim depan masih samar.
"Kontrak saya akan tamat pada penghujung tahun ini.
"Saya berminat untuk kekal.
"Saya sukakan Malaysia, Kuala Lumpur, budayanya dan saya suka untuk tinggal di sini.
"Saya sangat teruja bersama pasukan ini kerana kami mempamerkan peningkatan pesat tahun ini," kata pengendali dari Brazil itu.