Skip to main content

Bola Sepak

Durakovic tarik nafas lega

pknp-perak-2019.jpg
Empat gol yang diledak anak buahnya ketika membaham PKNP FC 4-0, malam tadi, cukup melegakan Mehmet Durakovic.

"Saya amat berpuas hati dan gembira dengan kejayaan ini. Sudah lama saya tidak melihat persembahan penuh berdisiplin seperti ini.

"Setiap pemain memberikan sumbangan dan komitmen tinggi untuk menghasilkan kejayaan ini," kata Durakovic.

Pertemuan 'derby' di antara dua pasukan senegeri di Stadium Majlis Perbandaran Manjung itu menunjukkan kehangatannya melalui dua jaringan dalam setiap babak.

Dua gol daripada Gilmar Jose Da Silva serta masing-masing satu oleh Brendan Gan dan Shahrul Mohd Saad membolehkan Perak melakar kemenangan keduanya setakat ini.

Walaupun PKNP cuba memberi cabaran, usaha itu tidak berjaya menyaingi lawan yang lebih berpengalaman itu.

Dengan kejayaan itu, pasukan The Bos Gaurus meneruskan pendakian ke tangga kelapan dalam carta 12 pasukan itu.

Perak akan bertemu semula dengan anak didik Abu Bakar Fadzim itu dalam suku akhir pertama Piala FA di Manjung, Selasa ini.

"Kami akan bertemu sekali lagi, Selasa ini. Jadi kami akan pulang ke Ipoh untuk pemain melakukan pemulihan.

"Selepas itu, saya akan tengok senarai kecederaan yang kami ada untuk membuat perhitungan bagi pertemuan dengan PKNP FC, " ujarnya.

 

Advertisement

Must Watch Video