Mehmet Durakovic memang sudah menjangkakan laluan sukar buat Perak ketika bertemu PKNP FC dalam suku akhir pertama Piala FA di Manjung, semalam.
"Saya memang tahu kami tidak akan mendapat laluan mudah dalam perlawanan ini selepas mencatat kemenangan besar, empat hari lalu.
"Corak kawalan ketat ke atas pemain yang diamalkan PKNP FC nyata berkesan untuk mengekang kami.
"Mereka berjaya bangkit daripada kekecewaan itu untuk menyekat kami kali ini.
"Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan persembahan pemain Perak walaupun menghadapi kesukaran beraksi dslam perlawanan berciri fizikal ini.
"Kami mencipta beberapa peluang, malangnya bola tidak masuk masuk.
"Nasib nyata tidak menyebelahi kami apabila dua kali percubaan kami singgah di palang," katanya.
Durakovic, bagaimanapun, berkata peluang masih ada kerana akan turun membuat perhitungan dalam perlawanan suku akhir kedua, 11 Mei ini.
Apapun, buat sementara mereka perlu mengetepikan saingan trofi kalah mati itu kerana perlu memberikan tumpuan terhadap perlawanan liga bertemu PKNS di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.
"Kami akan pulang ke Ipoh dan melakukan pemulihan sebelum bertolak ke Shah Alam esok untuk menghadapi perlawanan dengan PKNS FC.
"Ini satu lagi perlawanan sukar yang perlu kami lalui. PKNS bukan calang-calang pasukan," katanya.