Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, memendamkan kegusarannya dengan meletak harapan besar terhadap pertemuan dengan PKNS mampu memihak kepada skuad The Bos Gaurus itu di Stadium Perak, malam ini.
Durakovic yakin kelebihan beraksi di laman sendiri mampu mengubah nasib Perak yang semakin tertekan ketika ini.
Dia menafikan gusar dengan prestasi pasukannya ekoran kegagalan meraih kemenangan dalam lima perlawanan dengan menyimpulkannya kepada nasib kurang baik.
Rekod pertemuan dengan PKNS musim lalu juga tidak memihak kepada The Bos Gaurus tetapi Durakovic mahu mengubah keadaan itu.
"Kami menyajikan beberapa permainan menarik sebelum ini dengan kami mencipta banyak peluang.
"Secara jujurnya, kalau kami menyudahkan peluang yang ada, maka kami akan menang.
"Perak beraksi baik dan saya harap kami dapat menyudahkan peluang yang ada," katanya.
Tatkala ramai mula mempersoalkan keberkesanan jurulatih kelahiran Australia itu bersama Perak, dia masih berharap sokongan pemain ke-12 mampu membutirkan mata penuh.
"PKNS sebuah pasukan yang amat hebat, termasuk pemain import dan tempatannya. Mereka sebuah pasukan yang mantap.
"Ia bukan perlawanan yang mudah tetapi kami akan beraksi di depan penyokong sendiri, kami mahu menang dan meraih tiga mata," tambahnya.
Menjelang aksi malam ini, dua tonggak Perak, Nasir Basharuddin dan Brendan Gan, masih dibelenggu kecederaan.