Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, memberi pujian terhadap anak buahnya kerana bangkit dua kali ketika bertemu Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.
Dalam perlawanan itu, Perak bangkit dua kali selepas pelawat mendahului melalui jaringan Taylor Regan pada minit ke-29 sebelum Fandi Othman tertampan bola ke dalam gawang sendiri selepas diasak oleh Raianderson Da Costa Morais Careca pada minit ke-42.
Selangor kembali berada di hadapan tiga minit kemudian melalui Endrick Dos Santos tetapi kedudukan terikat semula selepas Leandro Dos Santos menyempurnakan sepakan penalti beberapa saat kemudian.
Careca memusnahkan impian pelawat untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata dengan menyumbat gol kemenangan pada minit ke-62.
"Tiada lain yang diminta seorang jurulatih melainkan aksi bertenaga daripada anak buahnya. Terus terang saya akui perlawanan ini tidak mudah," katanya.
"Selangor pasukan yang bagus dan memiliki pemain import dan tempatan berwibawa.
"Saya gembira pemain Perak telah bermain dengan baik dan berjaya bangkit."
Kejayaan malam tadi menyaksikan Perak berpeluang menduduki tangga ketiga liga jika meraih mata penuh ke atas Kedah dan Kuala Lumpur dalam aksi seterusnya.