Juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta'zim (JDT), terlalu ampuh untuk dijinakkan Perak setelah menang 3-0 untuk membawa pulang tiga mata serta mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga.
Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik di Stadium Perak malam tadi di sebalik masing-masing mempunyai pilihan untuk merehatkan tonggak utama, dengan Perak perlu bersiap untuk menghadapi perlawanan akhir Piala FA, 27 Julai ini, sementara Harimau Selatan pula sudah dinobatkan juara liga musim ini.
Tuan rumah tenyata mahu mencalarkan rekod bersih pelawat dengan mengancam kubu lawan sejurus wisel sepak mula ditiup.
The Bos Gaurus sepatutnya di depan seawal minit kelima, namun kuisan Ronaldo Henrique Oliveira gagal menerjah jaring tatkala Farizal Marlias sudah tertewas.
Di sebalik penguasaan penuh Perak dalam babak pertama, JDT membuat kejutan dengan meledak gol pada minit ke-36 menerusi Leandro Velazquez.
Skuad kendalian Benjamin Mora itu terus merentap semangat tuan rumah sebaik perlawanan kembali bersambung dua minit apabila Velazquez sekali lagi meledak jaringan hasil hantaran Safawi Rasid.
Pemain gantian, Akhyar Rashid, menambah derita anak buah Mehmet Durakovic itu pada waktu kecederaan selepas membuat hantaran satu-dua dengan Faiz Nazmi Mansor untuk menjadikan kedudukan 3-0.
"Kami tidak banyak memberikan ruang tetapi mereka masih berhasil menyumbat gol.
"Mereka mencipta jaringan menarik sedangkan kami tidak.
"Ternyata ini bukanlah malam kami, ini adalah malam JDT," kata Durakovic sejurus selepas perlawanan.
Biarpun memuji usaha Perak, pengurus pelawat, Luciano Figueroa, menganggap kerja keras pemain-pemain juara bertahan itu berbaloi.
"Perak sebuah pasukan mantap yang memiliki pemain import dan jurulatih yang bagus.
"Namun, kami pulang ke Johor dengan tiga mata, jadi saya seharusnya mengucapkan tahniah kepada pemain JDT.
"Mereka telah melakukan tugas dengan baik."