Senyuman lebar Mehmet Durakovic selepas Perak menundukkan Terengganu 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak malam tadi cukup untuk menceritakan kegembiraan jurulatih itu.
"Saya terlalu gembira dengan persembahan pemain.
"Mereka mempamer persembahan bersemangat dan perwatakan mantap.
"Kami patut boleh menang dengan jurang lebih besar kerana mencipta banyak peluang tetapi gagal menyudahkannya termasuk daripada sepakan penalti.
"Apapun yang penting kami menang dan meneruskan pendakian, " katanya.
Dalam perlawanan malam tadi yang menyaksikan Terengganu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Dechi Marsel N'Guessan diperintah keluar padang, gol kapten Shahrul Mohd Saad dan dua jaringan Ronaldo Henrique Silva membolehkan The Bos Gaurus meraih mata penuh.
Begitupun, Careca gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila sepakannya diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu, Muhamad Ilham Amirullah Razali, pada minit ke-49.
"Penjaga gol Terengganu itu adalah wira pasukannya.
"Jika tidak kerana ketangkasannya, Terengganu sudah pasti kalah lebih teruk lagi," kata Durakovic.