Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, terpaksa akur apabila skuad kendaliannya sekali lagi dipermainkan oleh nasib dengan merujuk kepada jaringan yang tidak disahkan pengadil, Suhaizi Shukri, ketika pasukannya terikat 2-2 dengan PKNS FC, semalam.
Hasrat Perak begitu tinggi untuk mencetak kemenangan kedua musim ini, namun hanya catatan seri kelima yang terhasil di Stadium Perak.
Lebih pahit apabila jaringan tuan rumah yang berupaya menjadi gol kemenangan itu tidak disahkan Suhaizi pada minit ke-80.
Durakovic enggan mengulas panjang terhadap insiden itu, namun ia sudah cukup untuk menjelaskan rasa kecewanya apabila kemenangan mereka dinafikan pihak ketiga.
"Secara jujurnya, saya tidak nampak (insiden itu), jadi saya tidak tahu.
"Hanya pengadil dan penjaga garisan yang nampak.
"Ia sudah terlewat kerana perlawanan ini sudah berakhir.
"Saya berasakan kami berpeluang untuk memenangi perlawanan.
"Penjaga gol kami memaparkan aksi menyelamat hebat dan mereka menjaringkan dua gol daripada dua hantaran lintang," katanya.
Dalam pada itu, ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, tidak menolak pasukannya memerlukan rumusan lain selepas gagal mencetak kemenangan ke atas Perak.
Dengan dibolosi dengan dua jaringan, dia tidak mahu meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada barisan pertahanan.
"Jika kami beraksi dengan baik, kami akan mendapatkan keputusan yang positif dan mungkin juga kemenangan.
"Mungkin kami memerlukan motivasi lebih baik sewaktu menentang Perak," katanya.