Mehmet Durakovic berharap Perak mampu mengulangi kejayaan ke atas PKNP FC seperti tiga hari lalu apabila kedua-dua pasukan bertemu semula dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam esok.
Jurulatih itu yakin kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC untuk mara ke separuh akhir Piala FA musim ini melonjakkan semangat dan keyakinan pemain Perak untuk terus memburu kemenangan ketiga musim ini.
"Saya berharap pemain mampu mengulangi persembahan mantap seperti tiga hari lalu apabila bertemu semula lawan sama.
"Perak punya kelebihan psikologi ke atas PKNP FC selepas tiga pertemuan.
"Saya berharap pemain akan mengulanginya dalam pertemuan kali keempat musim ini," kata Durakovic.
Jurulatih itu berkata sudah ada sinar di hujung terowong buat Perak dengan kehadiran dua tenaga import baru, Ronaldo Henrique Silva dan Raianderson Careca.
Kedua-dua pemain, terutama Ronaldo, membuat impak dalam penampilan pertama Sabtu lalu apabila menyumbat dua gol penting Perak.
"Saya gembira tengok kedua-dua pemain dapat menyesuaikan diri dengan corak pasukan walaupun masih ada ruang untuk kemajuan," katanya.
Durakovic berkata Perak perlu berusaha mengutip sebanyak mata yang mungkin bagi meneruskan pendakian carta liga.
"Kedudukan empat terbaik masih dalam jangkauan dengan syarat kami mengutip mata penuh dalam semua perlawanan selepas ini.
" Tiada yang mustahil dalam bola sepak dengan syarat pemain turun dengan perwatakan mantap dan mentaliti menang, " ujarnya.