Skip to main content

Bola Sepak

Durakovic harap jentera serangan tidak bazir peluang

mehmet_1.jpg
Mehmet Durakovic berharap penyerang Perak tidak akan mensia-siakan setiap peluang yang diperoleh apabila bertemu Negeri Sembilan dalan saingan Piala FA di Stadium Perak,malam ini.

"Ia kejohanan kalah mati. Hanya ada satu peluang.

"Apa yang perlu ialah menang biarpun hanya dengan gol tunggal.

"Justeru, pemain tidak boleh mensia-siakan peluang," katanya.

Durakovic berkata tidak ia akan menjadi tidak bermakna jika mereka beraksi baik dan menguasai perlawanan andai tidak memperoleh kemenangan.

"Setakat ini, kami bermain baik dan mencipta peluang menjaringkan gol tetapi malangnya tiada penyudah.

"Saya berharap kepincangan itu akan berakhir malam ini," ujarnya membayangkan rombakan di bahagian serangan.

Begitupun, jurulatih dari Australia itu tidak sekali-kali memandang rendah kemampuan Negeri Sembilan walaupun pasukan itu daripada Liga Perdana.

"Kami akan melakukan kesilapan besar jika menganggap mudah perlawanan ini.

"Pasukan itu dibimbing jurulatih berpengalaman (Mat Zan Mat Aris) serta memiliki tenaga pemain berwibawa," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video