Walaupun dilabel sebagai 'pakar' Piala Malaysia, pengendali Perak, Mehmet Durakovic, tetap menganggap misi mempertahankan kejuaraan sukar buatnya selepas The Bos Gaurus diundi dalam kumpulan yang lebih mencabar bagi kempen musim ini.
Durakovic mempunyai sejarah hebat dalam Piala Malaysia selepas muncul sebagai pemain import pertama membantu pasukan menjuarai kejohanan itu tiga kali berturut-turut bermula tahun 1995 ketika bersama Selangor.
Sebagai jurulatih, dia membantu The Red Giants melunaskan "Misi 33" pada 2015 sebelum memastikan Perak mengakhiri kemarau 18 tahun kejuaraan musim lalu.
Namun, dia mengakui pasukannya kali ini berdepan ranjau berliku selepas diundi bersama Pahang, Pulau Pinang dan Sabah dalam Kumpulan C.
"Kami hanya akan cuba yang terbaik. Ia satu kejohanan yang hebat untuk dimenangi. Satu penghargaan buat saya selepas memenanginya sebelum ini sebagai pemain dan jurulatih tetapi tahun ini akan jadi sukar. Ia tidak akan mudah," katanya.
Tatkala Pahang hadir dengan reputasi hebat selaku naib juara Liga Super 2019, Sabah pula tampil sebagai juara baru Liga Perdana dan semi finalis Piala Malaysia musim lalu.
Keupayaan Pulau Pinang pula tidak boleh diperkecilkan memandangkan skuad Harimau Kumbang itu berjaya menghadirkan saingan hebat dalam Liga Perdana musim ini.
"Ia adalah saingan berprestij, Piala Malaysia, serta salah satu kejohanan tertua dalam Asia Tenggara. Kami harap dapat meneruskan kemaraan," tambah Durakovic.
Sementara itu, kapten Selangor, Amri Yahyah, menyifatkan peluang pasukannya untuk melepasi cabaran peringkat kumpulan cerah selepas diundi bersama Melaka, Felda United dan PDRM FA dalam Kumpulan D.
Tidak bermaksud memperkecilkan kemampuan tiga pasukan berkenaan, Amri melontarkan keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa skuad Gergasi Merah ketika ini.
"Kami akan beri yang terbaik dalam edisi kali ini. Sasaran kami adalah mara ke final dan ia satu matlamat sebagai satu pasukan," ujarnya.
Johor Darul Ta'zim (JDT) pula dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan awal selepas mendapat undian mudah dalam Kumpulan B.
Juara Liga Super enam kali berturut-turut itu diundi bersama PJ City FC, PKNP FC dan UiTM FC, sekali gus berpeluang cerah mengulangi kejayaan dua tahun lalu.