Skip to main content

Bola Sepak

Durakovic bimbang masalah jerebu

mehmet_1.jpg
Kualiti udara yang kurang sihat akibat jerebu membimbangkan ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, sebaik tiba di Kuantan untuk menghadapi Pahang dalam perlawanan kedua Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam ini. 

"Keadaan agak berjerebu. Saya bimbang ia akan menjejaskan kesihatan pemain jika berada di luar terlalu lama.

"Saya tidak tahu sama ada keadaan selamat untuk menjalani latihan," katanya.

Jurulatih itu berharap keadaan cuaca akan bertambah baik hari ini agar pemain boleh beraksi dengan selesa.

Dia sedar tugas berat yang menanti pasukannya memandangkan tuan rumah akan turun dengan keazaman untuk menebus kekalahan 0-3 dalam separuh akhir kedua Piala FA di Ipoh.

Justeru, beliau akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk menghadapi apa juga bentuk cabaran yang akan disajikan oleh Tok Gajah.

Menurutnya, misi Perak ialah untuk mengelakkan kekalahan di tangan anak buah Dollah Salleh itu.

Satu mata daripada kunjungan itu sudah mencukupi tetapi jika meraih mata penuh, ia adalah satu bonus.

"Kami bukan datang ke Kuantan untuk kalah. Saya yakin pemain saya sudah bersedia untuk membuat perhitungan dengan Pahang," ujarnya.

Sehubungan itu, Durakovic berharap pemain Perak mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti ketika menumbangkan Sabah 3-0 di Ipoh, Ahad lalu.

Advertisement

Must Watch Video