Skip to main content

Berita Sukan Am

MSSM: 'Terima Kasih Cikgu Abu', -- Kapten WPKL tekad pertahan kejuaraan

MSSM: 'Terima Kasih Cikgu Abu', -- Kapten WPKL tekad mahu pertahan kejuaraan

'Terima kasih Cikgu Abu', itu reaksi spontan kapten pasukan bola baling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Bawah 12 Tahun, Nur Zahra Qalesya Mohd Amer, yang diberikan tanggungjawab mengetuai misi mempertahankan kejuaraan pada saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) tahun ini.

Nama Abu Mansur Hanapiah bukan asing dalam kejayaan skuad bola baling WPKL apabila beliau menjadi antara individu penting di sebalik kejayaan pasukan itu muncul juara kategori Bawah 12 Tahun pada edisi lalu.

Biarpun edisi 2026 menyaksikan WPKL mempertaruhkan majoriti pemain baharu berikutan perubahan generasi, pasukan itu tetap optimis mampu mengulangi pencapaian terdahulu.

Antara kelebihan yang dimiliki skuad WPKL ialah faktor venue pertandingan yang sudah biasa dengan barisan pemain.

"Walaupun tempoh yang singkat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Abu kerana banyak memberikan kami pengetahuan baru menjelang saingan yang bakal dihadapi nanti," katanya.

SLK Sport Centre, Batu Caves bukan lokasi asing buat skuad berkenaan kerana venue tersebut turut menjadi tempat latihan mereka pada fasa akhir persiapan menghadapi kejohanan.

Situasi itu secara tidak langsung memberikan kelebihan dari segi penyesuaian dengan gelanggang, sekali gus membantu pemain muda beraksi dengan lebih yakin apabila saingan bermula.

Saingan bola baling MSSM 2026 yang membuka tirai pada Sabtu menyaksikan WPKL diundi dalam kumpulan bersama Sarawak dan Pahang.

Biarpun hadir sebagai juara bertahan dengan skuad yang majoritinya terdiri daripada muka baharu, misi WPKL tetap jelas -- mempertahankan kejuaraan dan membuktikan bahawa mereka masih mempunyai barisan pelapis berkualiti.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement