Jurulatih mana yang tidak kecewa jika pasukannya tidak menang walaupun mencipta banyak peluang.
Hakikat itu diakui pengendali pasukan Perak, Mehmet Durakovic, berikutan kegagalan memenangi perlawanan Liga Super dengan Melaka, Jumaat lalu, yang menyaksikan perlawanan berkesudahan 0-0.
"Kami bermain baik dan mencipta peluang menjaringkan gol, malangnya tiada penyudah," katanya.
Ditanya apakah dia tidak bimbang dengan gejala yang menimpa Perak yang kini pantas diberi jolokan pakar seri, jawab Durakovic: "Terus terang saya memang kecewa tetapi apakan daya kerana pemain dah cuba bersungguh-sungguh.
"Cuma saya berharap dan menanti harinya akan tiba apabila kami berjaya menyumbat bola ke dalam gawang.
"Kami kena terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kepincangan."
Sungguhpun tetap berpuas hati dengan satu mata yang dipungut di Melaka, Durakovic sedar gejala itu tidak boleh dibiar berpanjangan, terutama apabila mengharungi kempen dalam kejohanan kalah mati merebut Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Ipoh, Rabu ini.
"Ini kejohanan kalah mati. Hanya ada satu peluang.
"Apa yang perlu ialah menang biarpun hanya dengan gol tunggal," ujarnya.
"Justeru, pemain tidak boleh sia-sia peluang dicipta," tambahnya.