Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Durakovic bangga persembahan Perak walaupun tewas

mehmet.jpg
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, gembira dengan persembahan pasukannya walaupun gagal menyekat Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut.

Dalam aksi di Ipoh malam tadi, Perak tunduk 2-1 di tangan JDT walaupun mendahului menerusi jaringan Nor Hakim Hassan.

Dua gol hasil sumbangan Harris Harun dan Safawi Rasid membolehkan JDT mengesahkan kejuaraan lebih awal tatkala aksi berbaki empat perlawanan lagi.

Bagi Durakovic, apa yang penting ketika ini adalah memastikan kedudukan tempat kedua dalam liga tidak tergugat, terutama dalam mengekang cabaran Terengganu dan Kedah yang hanya dibezakan satu mata dengan mereka.

“Dua situasi bola mati, dua hantaran lintang dan dua gol. Inilah bola sepak, apa yang boleh anda lakukan?

“Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain saya,” kata Durakovic.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Raul Longhi, tidak menyembunyikan kegembiraan selepas mengesahkan kejuaraan Liga Super yang kelima berturut-turut.

Bagi Longhi, sikap pemain-pemainnya harus dipuji kerana mempamerkan keinginan yang tinggi untuk mengesahkan status juara lebih awal.

“Seluruh pasukan bermain dengan baik dan saya gembira dengan mereka,” ujar Longhi.
 

Advertisement

Must Watch Video