Kelantan Warriors menghidupkan peluang untuk ke suku akhir saingan GP Perak CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) apabila menumbangkan Kuala Lumpur Thunder dalam aksi Kumpulan A di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.
Selepas tewas 1-2 kepada Melaka Titans dalam aksi pertama semalam, Warriors tiada pilihan selain menang dalam pertemuan kali ini untuk kembali menghidupkan peluang mereka ke suku akhir.
Bagaimanapun, mereka tewas 15-11 dalam set pertama sebelum bangkit memenangi set kedua 15-9.
Ketika perjalanan mereka dalam GP pembukaan itu seakan-akan hampir berakhir, gandingan Thanarat Kheachawat (tekong), Zulfikri Wajawwa Zulhaniffa (pengumpan) dan Danish Irfan Azwan (perejam), mempamerkan ketenangan untuk mencatatkan kemenangan 15-12.