Dua pelajar sekolah, Adam Alif Mustafa dan Muhammad Firdaus Amirrudin, yang masing-masing berumur 16 tahun, terpilih untuk menimba pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk menjadi sebahagian daripada Kem Allianz Explorer (AEC) - Edisi Bola Sepak di Munich, Jerman dari 22 hingga 27 Ogos ini.
Pemilihan Adam Alif dari SMK Ahmad, Pekan, Pahang dan Muhammad Firdaus dari SMK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah, dibuat selepas mereka berjaya memikat hati legenda FC Bayern Munich, Ivica Olic, dan pelatih belia FC Bayern, Thomas Dollner, dalam AEC-Edisi Bola Sepak di Singapura baru-baru ini yang merupakan pertandingan peringkat pertengahan untuk mencungkil bakat bola sepak terbaik Asia.
"Saya tidak fikir akan dipilih berikutan saya tercedera ketika latihan terakhir. Saya gembira. Saya telah mencuba yang terbaik untuk terpilih ke AEC di Munich.
"Saya tidak sabar untuk bertemu pemain FC Bayern, saya juga berharap dapat mempelajari kemahiran taktikal dan membawa pengetahuan itu kembali ke Malaysia dan merealisasikan impian saya menjadi pemain profesional," kata Adam dalam kenyataan yang dikeluarkan Allianz Malaysia Berhad, hari ini.
Muhammad Firdaus turut menyatakan perasaan bangga dan teruja untuk ke Munich.
"Saya berterima kasih kepada semua rakan sepasukan dan jurulatih saya serta sudah tentu keluarga yang sentiasa menyokong saya," katanya.
Allianz, syarikat insurans yang berpangkalan di Jerman, adalah penaja platinum untuk Bayern Munich.
Ketika di Munich, kedua-dua pemain akan menjalani impian bola sepak utama apabila bakal berpeluang untuk berlatih dengan barisan jurulatih FC Bayern Munich di tempat latihan yang terkenal, Saebener Strasse, selain meneroka aktiviti lain di luar bola sepak.
Edisi bola sepak AEC di Singapura, yang diadakan dari 23 hingga 26 Julai lalu, disertai 43 remaja berusia di antara 14 dan 16 tahun dari Malaysia, China, Indonesia, Laos, Filipina, Sri Lanka, Taiwan dan Singapura.
Hanya 18 daripada 43 peserta dipilih untuk menyertai kem AEC di Munich.
-- BERNAMA