UFA 1 RANGERS 1
(Rangers mara dengan agregat 2-1)
Rangers dikenakan kad merah pada setiap babak ketika seri 1-1 dengan Ufa untuk meraih tempat di peringkat kumpulan Liga Europa hasil kemenangan agregat 2-1, awal pagi tadi.
Alfredo Morelos dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-38 sementara dua kekasaran menyaksikan Jon Flanagan turut dibuang padang.
Begitupun, skuad kendalian Steven Gerrard itu terus bertahan meskipun Ufa dua kali menggegar tiang gol dan satu gol lagi dibatalkan.
Setelah menguasai pertemuan pertama tetapi hanya mendapat bekalan 1-0, Rangers mula tenang selepas sembilan minit permainan dilangsungkan apabila Ovie Ejaria menewaskan penjaga gawang Ufa, Aleksandr Belenov.
Rangers menyerap segala tekanan dan Ejaria berpeluang untuk menokok jaringan tetapi percubaannya kali ini terkena bahagian tepi jaring sebelum Ufa menyamakan kedudukan pada minit ke-32 selepas Dmitri Sysuev melepasi kawalan pertahanan untuk menggegar gawang pelawat,
Situasi bertambah buruk buat Rangers apabila Morelos dilayangkan kad kuning kedua dalam tempoh singkat pada penghujung babak pertama. Pemain Colombia itu sudah diberi amaran sebelum diarah meninggalkan padang kerana melancarkan protes sambil menendang bola.
Ufa menjadi kucar-kacir pada awal babak kedua berikutan kelincahan Ryan Kent tetapi percubaannya diselamatkan oleh Belenov.
Pemain gantian, Ivan Oblyakov, sempat mencemaskan Rangers apabila percubaannya gagal dikekang dengan baik McGregor sehingga menyebabkan Flanagan bertindak menyiku lawannya ketika mencabar bola tinggi lalu dibuang padang.
Jimmy Tabidze meledak gol kemenangan Ufa pada masa kecederaan sebelum mendapati pengadil membatalkan usahanya itu untuk membenarkan Rangers melangkah ke peringkat kumpulan.