Dua pemain muda berdarah kacukan Malaysia yang berpangkalan di Eropah kini berada dalam radar terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk didaftarkan dalam usaha memperkuatkan skuad Harimau Malaya.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata kedua-dua pemain itu, yang masing-masing berusia 21 dan 18 tahun yang beraksi di Jerman dan England, sudah menyatakan kesanggupan serta minat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.
Beliau mengesahkan FAM sudah menyerahkan dokumentasi lengkap kedua-dua pemain muda itu bersama-sama dua calon utama pemain naturalisasi -- pemain tengah Melaka, Liridon Krasniqi, dan penyerang sensasi Kuala Lumpur, Guilherme De Paula -- untuk dinilai Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kami sudah serahkan dokumen mereka kepada KDN semalam untuk dipertimbangkan. Kami kena betul-betul pastikan kesahihan dokumen dan kedua-dua pemain itu ada pertalian darah dengan Malaysia.
“Kami telah berhubung dan kedua-dua pemain (berpangkalan di Eropah itu) bersetuju dan berminat bermain untuk Malaysia,” katanya.
Stuart, bagaimanapun, berkata maklumat penuh mengenai dua pemain yang beraksi di Eropah itu hanya akan diumumkan selepas penilaian penuh yang dijalankan KDN terhadap dokumen mereka selesai.
“Sebaik kami mendapat pengesahan daripada kerajaan bahawa mereka (pemain muda berkenaan) ada pertalian darah yang sah (dengan rakyat Malaysia), kami akan umumkan nama mereka,” katanya.
Mengenai pertemuan dengan KDN, Stuart berkata selain menyerahkan dokumen keempat-empat pemain tersebut, pertemuan itu adalah untuk membantu FAM memahami dengan lebih jelas berkaitan langkah seterusnya dalam proses menaturalisasikan pemain.
“Pertemuan kedua dengan KDN kali ini (tidak melibatkan menteri) bertujuan untuk menyerahkan set dokumen pemain bagi tujuan diperhalusi sepenuhnya.
“Kami telah menyerahkan dokumen-dokumen tertentu dan terpulang kepada KDN untuk menasihatkan kami mengenai langkah seterusnya,” katanya.
Terdahulu, pertemuan pertama delegasi FAM dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di Putrajaya, Mei lalu, adalah untuk membincangkan perancangan masa depan badan induk itu menerusi Peta Hala Tuju (Roadmap) FAM 2019-2030 selain melibatkan program naturalisasi pemain kelolaan FAM.
-- BERNAMA