Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Dua kelab ini banyak sejarah -- Rajagobal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rajagobal.jpg
Bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, menyifatkan kemeriahan Liga Super Malaysia bakal suram seadainya dua gergasi bola sepak Malaysia menutup operasinya menjelang musim baharu.

Desas-desus mengenai status bertanding Sri Pahang dan Kedah masih menjadi tanda tanya apabila pelbagai spekulasi bertiup kencang, sebelum ini.

Permasalahan yang semakin meruncing menimbulkan seribu persoalan di kalangan peminat tempatan.  

Namun, di sebalik kemelut yang melanda itu, juara Piala AFF Suzuki 2010 itu meninggalkan harapan besar untuk melihat semula kebangkitan dan zaman kegemilangan Tok Gajah dan Sang Kenari.

"Saya harap supaya perkara itu tidak berlaku.

"Saya berharap Sri Pahang dan Kedah masih ada dalam liga.

"Jika kita lihat kepada sejarah dua kelab ini, banyak perkara yang membanggakan.

"Peminat kedua-dua pasukan mempunyai tradisi yang tersendiri," katanya.

Advertisement

Must Watch Video