BARCELONA 2 GIRONA 2
Cristhian Stuani menjaringkan dua gol di Camp Nou tatkala Girona mempamer aksi cemerlang untuk mengikat Barcelona 2-2, sekali gus menyaksikan rekod kemenangan pendahulu LaLiga itu berakhir dalam aksi yang menyaksikan Clement Lenglet dilayangkan kad merah dalam babak pertama.
Lionel Messi memberikan Barca pendahuluan selepas 19 minit permainan dan juara bertahan itu tampak akan mencatat kemenangan kelima liga sebelum Lenglet diperintah keluar padang susulan ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR).
Stuani menyamakan kedudukan menerusi rembatan hebat sebelum rehat dan lima minit selepas aksi bersambung, dia sekali lagi menyumbat gol untuk memberi harapan kemenangan buat Girona.
Namun, Gerard Pique melonjak tinggi di dalam kotak penalti untuk memastikan tuan rumah meraih sekurang-kurangnya satu mata dan masih berada di tangga teratas liga mengatasi seteru utama, Real Madrid, walaupun kini berkongsi mata.
Girona mencipta peluang awal pada minit kelima tetapi bola tandukan Bernardo Espinosa hasil sepakan sudut Aday Benitez tepat ke dakapan penjaga gol Barca, Marc-Andre Ter Stegen.
Bono menafikan gerakan solo Messi dengan cemerlang tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa ketika kapten Barca itu membuka tirai jaringan dari jarak 14 ela susulan gerakan kemas dariapda Arturo Vidal.
Barca beraksi dengan kekurangan seorang pemain selepas layangan kad merah terhadap Lenglet selepas kajian VAR memaparkan dia menyiku Pere Pons dan Girona pantas menggunakan kesempatan itu.
Benitez melakukan larian dari sebelah kanan sebelum menolak bola buat Stuani dan penyerang itu pantas melakukan sepakan deras untuk melepasi Pique dan gandingannya, Sergio Busquets, serta Ter Stegen.
Stuani meletakkan Girona di depan pada minit ke-51, sekali gus mengejutkan tuan rumah walaupun Ter Stegen terlebih dahulu menyelamatkan usaha daripada Portu.
Messi hanya mampu melihat sepakan percumanya mengenai palang gol sebelum Pique menyamakan kedudukan menerusi tandukan walaupun Barca gagal menewaskan Girona.