Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Julian Draxler, mengakui bahawa rakan sepasukannya, Kylian Mbappe, sangat berbeza berbanding pemain lain yang pernah ditemui.
Mbappe yang merupakan pemenang Piala Dunia mengesahkan status sebagai pemain muda terbaik dunia dalam tiga musim bersama PSG dan Monaco.
Pemain berusia 19 tahun itu telah mencatatkan empat gol dalam tiga penampilan Ligue 1 pada musim ini serta mencipta gandingan terbaik bersama Edinson Cavani dan Neymar di bahagian serangan.
Draxler menyifatkan Mbappe dan bintang Brazil, Neymar, sebagai dua rakan sepasukan terbaik yang pernah dimiliki dalam kariernya.
"Pada usia yang muda, dia memberikan kesan besar di atas padang," kata Draxler.
"Dia mendapatkan bola dan mencorakkan permainan. Saya tidak pernah melihatnya. Bersama Neymar, dia adalah pemain terbaik yang pernah saya temui."
Prestasi tiga bintang PSG di bahagian serangan membuatkan Draxler hanya menikmati 32 minit di atas padang pada musim ini tetapi pemain Jerman itu bertekad untuk merebut tempat di bawah kendalian Thomas Tuchel.
"Keadaan di Paris dipenuhi dengan cita-cita tinggi dan persaingan hebat, terutamanya pada posisi saya.
"Saya tidak boleh berada dalam zon selesa tetapi harus membuktikan kemampuan ketika latihan.
"Saya berharap Tuchel akan berasa yakin dengan saya. Secara teknikal, dia seorang jurulatih yang bagus. Dia berjenaka dan sesi latihan dipenuhi dengan kepelbagaian walaupun dia menuntut banyak perkara. Anda tidak boleh turun ke sesi latihan pada tahap 80 peratus. Dia akan menyedarinya dan perkara akan menjadi sukar."
Draxler turut menjaringkan gol sewaktu pasukannya menewaskan Saint-Etienne di Parc Des Princes, awal pagi tadi.