Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Drama masa kecederaan berikan tiga mata buat JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhyar-rasid.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) menghela nafas lega meskipun dipaksa berhempas-pulas sebelum mengatasi Felda United yang mengakhiri aksi dengan lapan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. 

Kemenangan 3-1 membolehkan JDT untuk merampas kedudukan pendahulu Liga Super daripada Pahang setelah menghimpunkan 20 mata daripada tujuh perlawanan. 

The Fighters bertandang ke Larkin dengan harapan untuk mencipta kejutan selepas hambar dalam dua aksi terdahulu. 

Bagaimanapun, hasrat mereka untuk mencuri mata tidak kesampaian meskipun pada suatu ketika, Felda mencetuskan cemas apabila sepakan percuma Jocinei Chad dalam masa kecederaan terus menerjah ke gawang tuan rumah untuk memadamkan jaringan pendahuluan Gonzalo Cabrera pada minit ke-88. 

Berikutan beberapa insiden kekasaran dan kad merah yang dilayangkan terhadap Zahril Azri, Thiago Junio serta Hadin Azman, ketika lapan minit masa pemberhentian diberikan. 

Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya oleh Harimau Selatan, khususnya selepas kehilangan Junio. Pemain itu menerima padah apabila dilayangkan kad kuning kedua kerana melambat-lambatkan permainan ketika cuba melakukan sepakan gol. 

Gara-gara kepincangan di bahagian benteng, JDT mencipta dua lagi gol dalam masa pemberhentian menerusi Akhyar Rasid dan Diogo Luis Santo. 


Keputusan lain:

Liga Perdana 


PDRM 1 JOHOR DT II 1





 

Advertisement

Must Watch Video