Skip to main content

Bola Sepak

DPMM taja kelab Liga Super ke Brunei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dpmm.jpg
DPMM menawarkan perkhidmatan terbaik buat seluruh pasukan yang bertanding dalam Liga Super yang akan merancang kewangan untuk bermain di Bandar Seri Begawan menjelang musim hadapan. 

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, wakil Brunei itu akan menaja kos logistik membabitkan penginapan dan penerbangan yang akan ditanggung sepenuhya oleh Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) itu. 

Buat pasukan yang akan bertemu DPMM di tempat mereka dalam kancah Liga Super akan datang, segala kos akan dibiayai oleh tuan rumah dan ini sekali gus, menyaksikan penjimatan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) terurus. 

 

"Perjanjian Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersama DPMM adalah perbincangan perkara tersebut," kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mohd Shazli Shaik Mohd.

Advertisement

Must Watch Video