BAYERN MUNICH 5 DORTMUND 0
Ketua jurulatih Borussia Dortmund, Lucien Favre, mengakui pasukannya terlalu menumpukan kepada takhta Bundesliga berikutan kekalahan 5-0 dalam aksi Der Klassiker kepada Bayern Munich, awal pagi tadi.
Bayern menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama untuk mengaibkan Dortmund 5-0, sekali gus mendahului lawan itu dengan kelebihan satu mata dalam persaingan merangkul gelaran Bundesliga.
Dortmund memiliki kelebihan dua mata sebelum sepak-mula di Allianz Arena, bagaimanapun, skuad bimbingan Favre itu terpaksa akur dengan kekalahan edisi ke-100 Der Klassiker.
"Sukar untuk menerima kekalahan 5-0 tetapi Bayern berada di tahap terbaik," kata Favre.
"Jelas sekali ini adalah pengajaran buat kami semua. Kami memiliki peluang meledak jaringan pertama yang mampu mengubah rentak permainan.
"Bayern mendominasi peralwanan dengan kepantasan dan gerakan yang lebih berkualiti. Mereka bermain pada tahap yang lebih tinggi. Sukar untuk bangkit selepas ketinggalan 4-0 dalam separuh masa pertama.
"Kami mahu memberikan tumpuan kepada perlawanan seterusnya. Hari ini kami terlalu memberikan tumpuan kepada gelaran.
"Kami akan berdepan enam aksi sukar. Kami perlu memberikan yang terbaik dan tumpu kepada perlawanan seterusnya."