Skip to main content

Bola Sepak

Dortmund raih kemenangan kelima berturut-turut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

borussia-dortmund-3-freiburg-1-aubameyang-marks-landmark-game-with-goal.jpg

Pierre-Emerick Aubameyang meledak gol kelimanya dalam lima perlawanan Bundesliga musim ini ketika membantu Borussia Dortmund menewaskan Freiburg 3-1, awal pagi tadi.

Ousmane Dembele melakukan hantaran sebelum Aubameyang menampan masuk untuk memberikan kelebihan buat Dortmund mendahului perlawanan di babak pertama. 

Pertahanan kanan antarabangsa Poland, Lukasz Piszczek, menggandakan kelebihan Dortmund di awal babak kedua hasil hantaran Caglar Soyuncu yang menerima bola dari Gonzalo Castro. 

Maximilian Philipp mendapatkan satu gol buat pelawat dengan penyudah baik pada penghujung permainan tetapi Raphael Guerreiro yang menggantikan Mario Gotze, memastikan mata penuh pada penamat permainan dengan gerakan yang baik. 

Dortmund, yang menang 5-1 di Wolfsburg pada pertengahan minggu, telah memenangi empat perlawanan terakhir dalam semua kejohanan dan menjaringkan 20 gol sejak tewas 1-0 kepada RB Leipzig dua minggu lalu. 

Mereka ketinggalan kepada Bayern menerusi perbezaan gol sebelum skuad Carlo Ancelotti berkunjung ke Volksparkstadion untuk bertemu Hamburg, awal pagi esok bagi mengekalkan rekod sempurna mereka musim ini.

Advertisement

Must Watch Video