Skip to main content

Bola Sepak

Dormund bangkit daripada ketinggalan untuk mulakan kemenangan

witsel-cropped_j2cgiy3dz4rm1h1xt0qkqspaj.jpg
BORUSSIA DORTMUND 4 RB LEIPZIG 1

Axel Witsel menjaringkan gol menerusi sepakan gunting ketika Borussia Dormund bangkit daripada ketinggalan untuk memulakan musim Bundesliga dengan kemenangan 4-1 ke atas RB Leipzig di Westfalenstadion, awal hari ini.


Witsel -- pengambilan daripada Tianjin Quanjian pada penutup musim -- sudah menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya dalam DFB-Pokal, 21 Ogos lalu, dan terus membuatkan dirinya digemari peminat kelab apabila mereka meneruskan kemaraan dalam kempen liga.

Jean-Kevin Augustin memberikan Leipzig pendahuluan pada minit pembukaan, dengan melepaskan rembatan untuk mengatasi Roman Burki selepas berlaku salah faham di pertahanan tuan rumah.

Bagaimanapun, Mahmoud Dahoud membawa Dortmund menyamakan kedudukan 20 minit kemudian apabila dia mengawal baik badannya untuk melakukan tandukan daripada hantaran lintang dari kiri.

Selepas itu, Marcel Sabitzer menjaringkan gol sendiri untuk meletakkan Dortmund di depan ketika separuh masa pertama tinggal lima minit dan tendangan jarak dekat daripada Witsel menjadikan kedudukan 3-1 menuju masa rehat.

Separuh masa kedua dilihat akan tamat tanpa sebarang gol lain sehingga Marco Reus menyudahkan hantaran Gulacsi ketika melakukan serangan balas pada masa kecederaan untuk mencatat golnya yang ke-100 dalam Bundesliga.

Keputusan itu menjadi rangsangan kepada bos baru Dortmund, Lucien Favre, yang dilihat seperti bakal menjadi salah satu pasukan untuk memburu tempat dalam slot Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisement

Must Watch Video