Skip to main content

Bola Sepak

Dollah tuntut tiga mata ke atas Perak

dollah-salleh.jpg
Misi balas dendam menjadi sandaran Pahang menjelang pertembungan Kumpulan C, Piala Malaysia dengan Perak yang merupakan pertemuan kelima di antara kedua-dua pasukan musim ini.

Ia satu pertemuan yang menarik perhatian ramai berdasarkan empat pertemuan mereka dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. 

Dua pertemuan Liga Super menyaksikan Pahang melakar satu kemenangan sebelum seri dalam pusingan kedua. 

Namun, kejayaan mencalarkan maruah juara bertahan itu di peringkat separuh akhir Piala FA, menyaksikan The Bos Gaurus menjelmakan kebangkitan luar biasa untuk mara dengan kemenangan 4-3. 

Situasi itu secara tidak langsung menjadi motivasi buat skuad bimbingan Dollah Salleh itu untuk memadam kekecewaan lalu menjelang aksi di Stadium Darulmakmur, malam esok. 

"Kami ingin mengubati duka Piala FA. Kami akan bermain di tempat sendiri, jadi kami kena memungut mata penuh.

"Lima perlawanan terakhir ini menyaksikan kami mula bangkit dengan prestasi sebenar.

"Barisan pemain mula menampakkan (karakter) bahawa mereka sedang dalam misi.

"Kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang (Sabtu lalu) akan menyemarakkan semangat pemain-pemain pada malam esok," katanya dalam sesi latihan terakhir skuad itu di venue perlawanan, petang tadi. 
 

Advertisement

Must Watch Video