Pahang tetap akan menurunkan barisan terkuat mereka bagi menghadapi Kelantan dalam aksi Liga Super, esok, biarpun tidak menafikan faktor keletihan mula mengganggu pasukan.
Walaupun cemerlang menyingkirkan Johor Darul Ta'zim (JDT) di suku akhir Piala FA, Pahang gagal membawa prestasi yang sama dalam saingan liga apabila sekadar seri dalam dua perlawanan terakhir.
Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh, bagaimanapun belum bersedia melakukan sistem penggiliran pemain sebaliknya masih yakin kesebelasan sedia ada masih mampu menggalas tanggungjawab.
Ditambah Kelantan mempunyai rekod baik di luar Kota Bharu, Pahang perlu membariskan pemain terbaik mereka jika berhajat meraih kemenangan.
"Apa yang kami lihat Kelantan bangkit dalam beberapa perlawanan ini dengan Ghaddar telah pun meledak beberapa hatrik.
"Ini juga satu kerisauan bagi kami, tetapi tiada masalah jika pemain saya mampu berikan yang terbaik," kata Dollah.
Bagi pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya, dia menggesa rakan sepasukan untuk memburu kemenangan agar terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, JDT.
Katanya, Pahang tidak boleh terus keciciran mata selepas gagal meraih dua kemenangan di laman sendiri sekaligus buka ruang kepada JDT menjarakkan jurang kepada lima mata.
"Perlawanan baru-baru ini baru kami sedar keletihan mampu mengganggu banyak faktor. Jadi kami perlu mengutip tiga mata esok bagi mengejar pendahulu liga," ujar Syamim.