Skip to main content

Bola Sepak

Dollah puji pemain Pahang

dollah-salleh.jpg
Dollah Salleh memuji kekentalan benteng Pahang yang menghalang Perak di Ipoh, malam tadi.

Dalam perlawanan yang dimenangi Pahang 1-0 itu, anak buah Dollah menerima tekanan hebat daripada pasukan The Bos Gaurus yang bangkit dalam babak kedua sebagai usaha untuk mengelak kekalahan.

Menurutnya, Pahang bermula dengan berhati-hati dan hanya mendapat renttak selepas 15 minit pertama perlawanan.

"Kami mendapat peluang menjaringkan gol tetapi satu percubaan terkena palang manakala tandukan Jose Eduardo (Ze Love) diselamatkan Hafizul Hakim (Khairul Nizam Jothy) di atas garisan gol.

"Kami meneruskan asakan dalam babak kedua dan memperoleh gol pendahuluan.

"Bagaimanapun, selepas gol itu terhasil, kami menerima tentangan sengit daripada Perak dan keadaan menjadi semakin teruk selepas Azam (Azih) diperintah keluar padang pada minit ke-71.

"Saya gembira kerana pemain saya berjaya mempertahankan kelebihan yang ada," katanya.

Sementara itu, penjaring gol Pahang, Herold Mark Goulon, menyifatkan pertemuan dengan Perak sebagai perlawanan paling sengit setakat ini.

"Ia perlawanan yang paling sukar saya alami tetapi saya gembira kami berjaya membawa pulang kejayaan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video